Memperkenalkan Al Binnori .. ?

Al Binnori adalah sebuah jenama di bawah syarikat Al Binnori Ventures yang diasaskan oleh Ustaz Haji Ali Hanafiah Al-Hafiz.

Sebahagian besar ulamak-ulamak dunia dikenali bukan dengan nama sebenar mereka. Antaranya dikenali dengan tempat lahir mereka seperti Syeikh Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim yang dikenali dengan nama Imam Bukhari bersempena tempa kelahiran beliau iaitu Bukhhara di Uzbekistan.

Begitu juga nama Al Binnori diambil bersempena tempat pengasas mempelajari ilmu agama. Semoga dengan keberkatan nama tersebut yang telah melahirkan ramai ulamak menjadi asbab untuk pengasas memberi banyak manfaat kepada ummah.

Rawatan Islam Syariyyah

Al Binnori menawarkan khidmat Rawatan Islam Syariyyah. Pada dasarnya Rawatan Islam ini bukan sahaja membantu merawat masalah sihir  dan saka sahaja malah ianya sangat meluas dan terbahagi kepada 2 bahagian.

  • Penyakit Rohani adalah yang berkait dengan dalaman kita seperti Sihir, Santau, Saka, Histeria dan sebagainya.
  • Penyakit Jasmani adalah penyakit tubuh badan fizikal manusia itu sendiri seperti Demam, Selsema dan sebagainya. Penyakit Jasmani juga boleh di ikhtiarkan dengan Rawatan Islam Syariah.

Gel Mandian Bidara

Gel Mandian Bidara adalah rawatan susulan selepas pesakit berjumpa dengan Pengamal Perubatan Islam. Pada dasarnya pengamal akan memberikan daun bidara sebagai rawatan susulan namun kerana kesukaran untuk mencari dan menyediakannya maka Gel ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Pesakit juga boleh menggunakannya sekiranya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Pengamal Perubatan Islam.